PENGENALAN Kemerdekaan negara yang hampir mencecah 61 tahun merupakan hasil daripada perjuangan dan usaha yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu

PENGENALAN
Kemerdekaan negara yang hampir mencecah 61 tahun merupakan hasil daripada perjuangan dan usaha yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu. Pelbagai cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi demi menjadikan Tanah Melayu (kini Malaysia) sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat. Dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa pahit terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini. Antara halangan yang paling mencabar dan menjadi peristiwa hitam dalam sejarah negara ini ialah pemberontakan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga.

Gerakan komunis di Tanah Melayu bermula seawal tahun 1920 sehinggalah tertubuhnya Parti Komunis Malaya pada April 1930CITATION Edg60 l 17417 (Edgar, 1960). Ideologi komunis di Tanah Melayu mula bertapak di negara ini melalui cawangan-cawangan Parti Kuomintang dan pihak komunis dari negara China dengan menggunakan nama Parti Komunis Nanyang pada awal penubuhannya dan kemudiannya nama parti ini ditukar kepada Parti Komunis Malaya pada tahun 1930 CITATION Pen14 l 17417 (Mata, 2014). Tujuan penubuhan PKM adalah untuk mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu daripada pihak British sekaligus menubuhkan sebuah kerajaan Republik Komunis.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Semasa tempoh pemberontakan PKM di Tanah Melayu, pelbagai keganasan dan kekejaman telah dilakukan. Hal ini telah menyebabkan usaha untuk mencapai kemerdekaan menghadapi kesukaran. Kerugian harta benda, kehilangan nyawa, dan prasangka buruk antara kaum merupakan impak kepada keganasan PKM di Tanah Melayu. Usaha untuk mewujudkan perpaduan yang cuba dibentuk benar-benar teruji semasa pemberontakan PKM berlangsung. Kepercayaan di antara rakyat dan keyakinan kepada pentadbiran British semakin pudar kesan daripada keganasan dan kekacauan yang dicetuskan oleh PKM.

Pemberontakan yang dicetuskan oleh PKM ini mengambil masa yang panjang dan hampir menjadikan kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Walau bagaimanapun, atas usaha dan kerjasama sama semua pihak sama ada kerajaan ataupun rakyat telah merealisasikan impian kemerdekaan dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Usaha mencapai kemerdekaan negara telah menjadi kenyataan setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menangani pemberontakan yang berlaku. Biarpun peristiwa hitam ini telah berlaku sejak 61 tahun yang lalu namun kesan parut dan lukanya masih lagi dirasai sehingga kini. Oleh itu, penting buat mereka yang ada pada hari ini untuk merenung kembali peristiwa yang berlaku agar ianya dapat memberi pengajaran kepada generasi masakini dan akan datang.

SEJARAH
PERKEMBANGAN GERAKAN KOMUNIS DAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
Fahaman atau ideologi komunis di Tanah Melayu mula tersebar sejak awal tahun 1920-an iaitu antara tahun 1921 sehingga 1922CITATION HoH l 17417 (Ho Hui Ling, 2015). Parti Komunis Malaya (PKM) berusaha menyebarkan dakyah komunis ini dalam kalangan belia, pelajar, kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan buruh dan orang perseorangan melalui cawangan Parti Koumintang (KMT). Kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu juga menjadi faktor penyumbang kepada penyebaran fahaman komunis. Imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu turut membawa bersama buku-buku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu CITATION Zul l 17417 (Zulhilmi Paidi & Rohani Hj Ab Ghani).
Pada tahun 1926, hasil daripada penyebaran dakyah komunis ini, guru-guru dan murid-murid terutamanya di sekolah Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura. Sehingga 1927, komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China. Perpecahan KMT-PKC pada tahun 1927 menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 1927. Ejen-ejen Comintern (Communist International) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa yang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928 telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang diberi penstrukturan semula. Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan hasil daripada perbincangan tersebut, maka lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura. Perkembangan fahaman komunis yang cepat di Singapura dikaitkan dengan bilangan penduduk negara itu yang majoritinya berbangsa Cina.

Foto 1: Parti Komunis Malaya
PKM yang berpusat di Singapura bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah kerajaan Republik Komunis Malaya. Perkembangan PKM di Tanah Melayu terbahagi kepada 4 tahap perkembangan iaitu tahap 1 (1930-1941), tahap 2 (1941-1945), tahap 3 (1946-1948) dan tahap 4 (1948-1960).
Tahap 1 (1930-1941)
Pada tahap pertama perkembangan PKM di Tanah Melayu, pihak kerajaan Inggeris telah mengharamkan PKM pada tahun 1930 sebaik sahaja PKM ditubuhkan. Pengharaman PKM ini adalah disebabkan oleh ideologi atau fahaman perjuangan serta matlamat PKM yang dilihat sangat bertentangan dasar kerajaan Inggeris. Pada tahun 1931, beberapa pemimpin komunis telah ditangkap oleh pihak polis Singapura termasuk ejen Comintern, Joseph Dacroux dan 14 pemimpin komunis yang lain CITATION Pen14 l 17417 (Mata, 2014).
Fahaman komunis pada tahap awal bergerak secara sulit dengan menyusup dan menyebarkan fahaman ini ke dalam kesatuan sekerja, sekolah persendirian dan pertubuhan belia dan menubuhkan kader-kader di kalangan kaum buruh. Kemelesetan ekonomi yang tercetus pada tahun 1930-an telah menyebabkan PKM mula mendapat sokongan serta kepercayaan daripada rakyat. PKM berjaya menghasut kesatua-kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok secara besar-besaran. Kesan daripada mogok tersebut, ramai pemimpin komunis dibuang ke negara China dibawah ‘Banishment Ordinance Act’ CITATION Pen14 l 17417 (Mata, 2014).

Tahap 2 (1941-1945)
Tahap kedua merupakan zaman Perang Dunia Ke-2, pihak komunis melarikan diri ke dalam hutan. Di zaman ini, PKM telah bekerjasama dengan pihak British dalam menentang Jepun. Kerajaan British telah bertindak membebaskan ramai pemimpin-pemimpin komunis yang dipenjara sebelum ini. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Hasil kerjasama ini telah membawa penubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang menentang Jepun secara gerila. MPAJA mendapat bantuan makanan, ubatan, bekalan alat senjata dan latihan ketenteraan dari ‘Force 136’ dan sekolah latihan khas 101 di Singapura untuk melatih tentera MPAJA.